Bahagian A

Jawab dua soalan sahaja.

1 Bincangkan pengaruh Islam dalam masyarakat kehidupan Melayu sebelum campur tangan British. [25]

2 Huraikan peluasan kuasa British di Negeri-Negeri Melayu Utara antara tahun 1826 hingga tahun 1909. [25]

3 Bincangkan penentangan penduduk terhadap pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak pada abad ke-19. [25]

4 Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada kesedaran sosial dan politik masyarakat peribumi di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. [25]

5 Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah lambang kejayaan perjuangan orang-orang Melayu. Bincangkan. [25]

6 Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

[25]

Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja.

7 Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat di China dan di India sebelum kedatangan Barat. [25]

8 Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan di Indochina pada abad ke-19. [25]

9 Bandingkan kesan-kesan Perjanjian Nanking 1842 di China dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun. [25]

10 Sejauh manakah Revolusi 1911 di China dan Revolusi 1932 di Siam berjaya mencapai matlamat di negara masing-masing. [25]

11 Jelaskan peranan Gerakan 4 Mei 1919 di China dan golongan Thakin di Myanmar dalam usaha membangkitkan kesedaran nasionalisme di negara masing-masing. [25]

12 Bandingkan sumbangan Jose Rizal di Filipina dan Sukarno di Indonesia dalam perjuangan menegakkan kedaulatan di negara masing-masing. [25]

940/2

* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Dicatat oleh MOREPH @ MALAI LUWAI

0 ulasan:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum