Monday, August 3, 2009 |  
Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai
Cantik dan tampan atau langsing dan sasa sering menjadi ukuran paling utama dalam memilih pasangan. Cinta sejati seharusnya tidak pernah memandang pada sifat fizikal seseorang samada gemuk, kurus, hitam atau pun putih. Bagi kamu yang terlalu memilih ingatlah kasih sayang dan kejujuran adalah lebih utama daripada wajah dan tubuh badannya. Jangan malu andainya pasangan kamu gemuk atau hitam kerana seharusnya kamu bangga kerana kamu benar-benar mencintainya kerana hati dan bukan bersandarkan paras rupa. Cantik dan tampan tidak harus menjadi ciri utama yang harus ada dalam sesebuah percintaan kerana:
1. Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai kamu semata-mata kerana kecantikan, awaslah! Kamu mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada kamu dan apabila kamu bertanya mengapa, dia memberitahu kerana terpesona dengan wajahmu, awas! Kamu akan ditinggalkan apabila wajah kamu tidak lagi mempesonakan.
2. Jika kamu memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira kerana mungkin kamu akan bertemu dengan lelaki yang salah. Jika kamu berasakan kamu tidak cantik,jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung.
3. Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak kekal sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah pergi.
4. Bagaimana cantik dan tampan seseorang itu, ia akan pudar. Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman. Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik.
5. Kopi pahit, jika dibiarkan berdiri dengan sendiri, tetapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu. Kamu cantik, maka kamu boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu, kamu ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia akan sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.

Petikan Kata Buat Renungan
Hiduplah sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati…
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya…
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya ….

Mutiara Kata Hikmah Luqman al-Hakim
Luqman al-Hakim seorang yang terkenal dengan kata-kata hikmah sehingga mendapat perhatian setiap lapisan golongan masyarakat. Antara kata-kata hikmah beliau ialah:
# Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.
# Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.
# Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur [...]

Mutiara Kata Dr Tuah Iskandar
“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”
“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”
“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang [...]

Mengkritik
Mengkritik tidak bererti menentang,menyetujui tidak semestinya menyokong,menegur tidak bermakna membenci,dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Amarah
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata – kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.

Kata-Kata Indah
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang baik dan mana yang buruk....

Mutiara Kata Sepanjang Zaman
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

Gugusan Mutiara Kata
Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

Madah Persahabatan
Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir- pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir..

Mutiara Kata Pengisian Jiwa
Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.
Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata-kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun.
Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ [...]

Mutiara Kata Jangan
Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang dihadapanmu, atau pun merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya.
Jangan sekali-kali mengadukan segala hal ehwalmu yang berupa kesusahan dan sebagainya kepada orang lain, sebab dikhuatiri bahawa Allah S.W.T akan murka lalu diserahkan semua urusan [...]

Renungan Mutiara
Kiranya tiada CINTA insan untukmucukuplah CINTA ALLAH penyuluh hidupmukelak akan ada CINTA untukmu dari insanyang MENCINTAI ALLAH sebagaimanaCINTAmu kepadaNya

Kopi Itu Pahit
Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.
Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan??ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.
Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitanya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula,ia sentiasa disukai dan akan terus disukai
Dicatat oleh MOREPH @ MALAI LUWAI

0 ulasan:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum